This blog is created by Fariza Othman and all material on this site is copyrighted, if not otherwise stated. Do not copy the material without permission.

Thursday, February 9

Delima Pekerja Bujang

Selalu balik kerja memalam. Pukul 8 - 9 baru muncul kat rumah. kalau tak bertuah sampai pukul 11 la baru dapat balik. Kalau bertuah pukul 5, itu pun peluang dapat dalam nisbah 1:365.. time tu muncung sampai sedepa, buat kerja seikhlas yang mungkin. 

Lagi haru dapat lagi panggilan kerja dikala cuti hujung minggu. Nak tak nak kena jugak la turun naik menapak ke office. 

Ni la delima pekerja bujang!!.

Ni jugala time para bosses mengambil peluang keemasan dari para pekerja bujang sekalian. Ada ke para ibu-ibu berkerjaya dipanggil bekerja time tengah berulit manja dengan family di kala hujung minggu?. Kalau ada pun jarang-jarang sekali.

Delima oh delima..

Mak kat rumah bagi nasihat suruh pindah cari kerja lain. Tapi hati ni tetap terpaut yang satu ni. Dah masalah sendiri. Meeting sana sini, dari pantai timur ke pantai barat, dari utara makan laksa ke selatan makan mee udang. Kan ke awesome itu. Kerja nak outstation yang aka cuti-cuti Malaysia yang seronok tu. Time ni claim masyukkkkk!!. Claim masyuk pun masih tak cukup belanja bulanan. Delima-delima!!. Apa nak jadi ni. Nak kata gile shopping rasa ketagihan tu dah dikurangkan demi masa depan. Mana plak duit berkepuk-kepuk tu hilang?. Cam tak nak lekat plak kat dompet usang ni. 

Hai, delima-delima sang pekerja bujang!!.

Ok la. nak minum kopi sekejap!!

xoxo,
by Fariza Othman

1 comment:

Mohd Khairi Khadzir said...

kak, dilema laaa bukan DELIMA .. tu buah hahaha .. xpe kak, aslkn akak okay, selesa & baik ngan bos, akak teruskn je la huuu ....