This blog is created by Fariza Othman and all material on this site is copyrighted, if not otherwise stated. Do not copy the material without permission.

Friday, February 22

Terpikat & Memikat

Assalamualaikum WBT

Macam mana nak handle spammed message. Macam menyampah kan. Tapi ada certain yang agak-agak WOW!!. Overallnya memang 'select all ----- delete'!.

Saya tak pasti, kadang-kadang spam message ini masuk samada dalam bentuk iklan, nak menipu pun banyak macam dalam kesusahan la, perlukan urgent money la. Dan, yang bentuk 'WOW' ni, saya agak-agak ingin tahu dan tak pasti, email saya ni digambarkan seperti email seorang lelaki ke?!!. Semua yang masuk banyaknya dalam bentuk TIP 18SG, SX, PL, semua ada. haha. Uollss know ala yang untuk tontonan 18 dan keatas!!. Very tak sesuai. Nampak terdesak sampai email tips camtu tau. hahah. But, recently la, dapat email yang sweet-sweet, seperti tip mengukuhkan hubungan suami isteri, tip mengurat wanita, memikat, terpikat, semua yang kat-kat la. Kan sweet 2.

So, saya share la ye, dah dia duk bebel panjang kat email tu saya baca sorang pun tak guna. Ilmu kita kena kongsi bersama. Tak baik kedekut ilmu ye... Ingat tu!!

Tips Memikat Perempuan

Untuk memikat hati dan cinta perempuan untuk dijadikan teman pasangan hidup yang sah memerlukan tips memikat perempuan yang hebat. Di internet ramai yang search tips memikat perempuan ini. Rata-rata lelaki ingin mencari kaedah dan cara yang berkesan untuk memikat cinta dan hati perempuan idaman.

Cara yang paling tepat untuk memikat perempuan ini adalah dengan membulatkan hati dan niat pada Allah. Dengan tujuan yang baik doakan dengan bersungguh-sungguh kepada Allah moga dipertemukan dengan perempuan yang terbaik dan sesuai untuk kita. Inilah tips memikat perempuan yang paling ampuh sebenarnya. Mohon bantuan dari Allah tunjukkan jalan-jalan usaha kita untuk dilakukan untuk memikat perempuan untuk dijadikan isteri yang sah.

Selain itu, usaha lain ini boleh dilakukan dan diusahakan lelaki untuk memikat perempuan. Ini boleh dikatakan sebagai cara memikat perempuan dengan mudah. Apabila anda boleh menepati hati dan kehendak perempuan yang ingin dipikat maka usaha memikat perempuan menjadi mudah, senang dan berkesan.

Berikut tips memikat perempuan yang boleh dilakukan oleh lelaki
  1. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka.
  2. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar .
  3. Berkongsilah masalah dan bertukar pendapat dengan si dia.
  4. Jangan kamu menganggap perkara yang dia rasa penting sebagai perkara remeh. ambil tahu tarikh penting seperti ulang tahun kelahiran,ulang tahun perkenalan kalian dan apa saja yang penting dalam hidup mereka
  5. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi.
  6. Tenangkan mereka jika mereka berada dalam kesusahan dan kesakitan
  7. Pujilah mereka jika mereka layak mendapat pujian atas apa yang mereka lakukan
  8. Jika ada masalah berbincanglah dengan baik dan tidak mengguris hati mereka
  9. Jangan buat sebarang keputusan dengan kuasa kamu sebagai seorang lelaki dan ketua kononnya.
  10. Mereka juga ada sedikit ego bila kemahuan tidak dituruti. Belajarlah fahami sikap mereka.

Ikutilah satu persatu tips memikat perempuan di atas, moga ANDA dapat memikat perempuan, wanita, gadis, janda idaman anda untuk tujuan yang baik dan diredhai Allah.

Saya ucapkan semoga berjaya kepada lelaki macho di luar sana. Bahahaaa

Terima kasih kerana membaca.

Thursday, December 20

Grumpy Day Like Cat.

Ekkk..

* Caution
Entry kali ini merupakan entry kebosanan. Sila abaikan sekiranya menyebabkan masa emas anda menjadi batu lebur hancur berterabur.
Ayat mula pun dah menerawang entah mana.

Bulan ni bulan 12, bulan hujung tahun, cuti sekolah hujung tahun dan mood kerja memang dah tak keruan. On mind set nak cuti panjang juga even berstatus pekerja, memandangkan progress kerja teramat slow dan tak productive langung bulan ni, alahai.

Rupa dah macam grumpy cat ni ha. Semua serba tak best la senang kata.
Fyi, kucing ini diberi nama Tard The Grumpy Cat. Kucing ni mempunyai structur mulut ke bawah seperti dia mencebik manjang. Tapi memang kucing ni azalianya gitu. So, kalau ade orang yang ajak dia main ke apa ke, macam tu gak reaksinya. hahaa

Ok, nak wat muka grumpy dah.

Monday, December 17

Bulan Safar Bulan Kebaikan

Assalamualaikum.

Kini rupa-rupa kita berada di bulan 4 Safar 1434. Subhanallah. Cepatnya masa berlalu.
Bulan Safar dalam adalah bulan kedua dalam taqwin Islam yang mana diperkenalkan oleh Saidina Umar RA. Dinamakan Safar kerana orang-orang lelaki Arab keluar rumah untuk berdagang, mengembara dan menjalan kegiatan ekonomi di luar tempat tinggal. Rumah-rumah menjadi kosong dan dipenuhi kaum perempuan dan kanak-kanak.

Sejarah juga mencatatkan bahawa beberapa peperangan berlaku dalam bulan ini iaitu peperangan Al Abwa dalam tahun 2 Hijrah, Perang Bani Qainugak dan Zi Amin pada tahun ketiga Hijrah dan peperangan Khaibar pada tahun keempat Hijrah.

Itu fakta sejarah..
SAFAR BUKAN BULAN BALA DAN KHURAFAT
namun hakikatnya dalam masyarakat kita hari ini, bulan Safar dikaitan dengan bala bencana dan musibah hingga menerbitkan beberapa amalan khurafat dan tahyul dengan harapan dapat menangkis dan menolak musibah tersebut.

Amalan, fahaman dan kepercayaan seperti ini bukan sahaja bercanggah dengan syariat Islam, tetapi juga boleh menyebabkan rosaknya akidah.

Antara amalan-amalan khurafat bulan Safar seperti;
Mandi Safar
Membuat ancak (berkaitan syirik)
Melarang mengadakan kenduri kahwin
Percaya adanya burung hantu sebagai tanda kematian masih berurat nadi dalam kehidupan masakini.

Selanjutnya dan lebih pemahanan layari JAIS.

Salam Safar.

Tuesday, October 23

Keistimewaan Bulan Zulhijjah

Islam itu Indah,
Assalamualaikum w.b.t.

****************************************************************************************************************************************************************************************************************************************
Daripada Ibnu Abbas r.a telah berkata,
Sabda Rasulullah S.A.W.
yang bermaksud:
"Tiada daripada hari-hari yang begiru lebih di sisi Allah S.W.T
&
tiada amalan padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari 10 ini
(1-10 Zulhijjah)

Maka perbanyakkanlah padanya daripada
tahlil, takbir
maka sesungguhnya ia merupakan 
hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir
kepada
Allah S.W.T.

Dan,
puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun 
dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda.

(HR Al-Baihaqi)


Salam Zulhijjah.


Tuesday, September 25

the Engagement of Me

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sudah beberapa kali membuat cubaan untuk meng'update' blog. Tapi tidak berjaya dan baru hari ini sempat dan berjaya meluangkan masa (konon busy tak ingat!). Akibat daripada itu, ada la tersusut 'amount' followers di situ. Hahaha. Sigh!, Well well well, terima kasih la daun keladi kepada yang masih sudi dan entah-entah tak sedar telah mem'follow' saya & muncul status ini. Well, minta maaf la sekali lagi kerana tidak rajin meng'update' blog secara normal.

Ter'update'nya blog di sini adalah kerana ingin mengumumkan bahawasanya empunya blog ini telah pun melangsungkan majlis pertunanganya yang pertama & tiada lagi kali kedua & ketiga. InsyaAllah.

Secara rasminya kami telah bertunang.

Tarikh : 16hb September 2012 bersamaan 29 Syawal 1433H
Sempena : Hari Malaysia ke-48
Tempat : Kampung Bukit Kapar, Klang.

Nampak di situ, tarikh pun dah berzaman. Hahahaa. Agak basi.
Tapi ada orang kisah kah!!..fuuuuu.

So & so.. cakap banyak pun tak guna. So layan je piccas2 yang telah di'edit' hasil daripada kamera capuk.. Ada ke nak langsung baru tersedar kamera rosak & tak ada bateri. Haa! amik. rembat mana yang sempat. uwawaa..
Ok. melampau.

please..

Thats me. ok. me? who, me? yeay pink??
Terima kasih daun kali kepada my beloved friend yang telah bersusah payah apply cuti tanpa gaji walaupun hari tersebut memang ternyata cuti umum. Ermm, kena bagi tahu sebulan awal. mak aii macam tu pun ada. Well, Zila terima kasih. muaxxxsss!!
Ok. ni request from my beloved atok nak bergambar. Alhamdullilah. saya ni agak pemalu nak minta bergambar dengan sesiapa. selagi tak ada yang offer kat situ je la, sekali ada orang nak offer lagiiiiiiiiiiiiii suka...
dan jadi seperti iniiiiiii. 
okk.
Alhamdullilah, this my pelamin yang sempat di rembat dalam tempoh 2 hari sebelum majlis berlangsung. Under budget!!!!! ok. believed it or not. She aka my mak andam bg offer baik punya. Majlis kahwin nanti confirm I ambil you!!!.

Bye!!

Assalamualaikum ♥♥♥