Halooo..haloo..
Kita berkempen lagi..
p/s: jangan lupa sebarkan kempen KONY 2012!!
Arini free nak berkempen. Bukan kempen PRU!!.
Ni kempen membanteras perisian cetak rompak. Bukan cetak rompak CDs yang selalu keluar kat berita tu. Ini cetak rompak perisian. Beza itu ya!.
Bekerja di bidang yang melibatkan penggunaan perisian perkomputeraan (seperti saya!), kita tidak boleh tidak dari mengunakan perisian seperti Mocrosoft Office, Adobe, dan Autodesk. Keempat-empat perisisan ini adalah perisian yang paling utama dan perlu lagi harus.
Kalau tidak ada macam mana hendak membuat kerja-kerja drawings dengan cepat dan pantas. Ini bukan zaman yang perlu melukis mengunakan pembaris atau juga T square yang panjang-panjang, silap-silap bikin tunggang terbalik dalam pejabat ooo~!. Lagi haru tak boleh undo andai kau telah melakukan kesalahan besar even hanya satu garisan!! So, dengan adanya perisian perkomputeraan yang lagi cekap dan pantas segalanya jadi mudah.
Tapi tatkala itu, perisian yang digunakan haruslah dari sumber yang betul. Dari sumber yang betul InsyaAllah apa yang dikerjakan sentiasa mudah dan lancar.
Ini adalah notis yang telah dikeluarkan oleh pihak Autodesk Info Center.
Kempen membanteras penggunaan, pemilikan, pembelian dan penjualan perisian cetak rompak sedang giat dijalankan di premis sekitar kawasan anda!!. Awas!!
Sekiranya anda menggunakan, memiliki, membeli atau menjual perisian cetak rompak, anda akan didakwa, didenda dan dipenjarakan. Laporkan segera kepada pihak berkuasa, Business Alliance Software (BSA), pengedar perisian tulen, atau mana-mana agensi berkaitan sekiranya anda mengesyaki dan/atau mendapati mana-mana syarikat yang menggunakan perisian cetak rompak. Syarikat anda dan kawasan sekitar anda juga tidak terkecuali dari sesi pemeriksaan. Segera dapatkan perisian tulen dan berlesen dari pengedar yang sah.
Kompoun dan saman yang telah dan bakal dikenakan bukanya sedikit. Ianya mencecah sehingga ratusan ribu ringgit Malaysia. Mahukah kita membayar ratusan ribu ringgit dari membeli perisian original yang hanya ribuan ringgit?. Silap-silap saman dan kompoun yang dikenakan mampu membeli sehingga 5 perisian ORIGINAL!! Thats awesome!!.
2 comments:
kak, kali ni kena ke ngan org otodesk? ahha
tak kena g. cz tuutp pintu cam dulu2..hahaha
Post a Comment