Dia yang berkecil hati.
Dalam pada bertindak untuk mempertahankan diri sendiri dengan bersuara demi kebenaran, membuatkan orang lain terasa dan tersinggung dengan kita. Apa yang perlu kita buat pada tika itu. Berdiam diri dan anggap itu bukan masalah sendiri?, ataupun meminta maaf atas niat tidak sengaja?.
Keadaan itu yang memungkinkan kamu untuk pertahankan diri atas sebab sifat tanggungjawab dan peka terhadap persekitaraan dan sekeliling, memaksa untuk bertindak demikian. Meminta maaf?. Mungkin bagi saya tidak!. Kerana, ingin memberi pengajaran supaya dia dan mereka tidak lagi membuat dan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali serta mudah peka terhadap perkara dan pekerjaan di bawah tanggungjawabnya tanpa bergantung kepada orang lain.
Bagaimana kalau meminta maaf?.
Adakah dia dan mereka menerima maaf yang dihulurkan dengan ikhlas dan menyedari serta menyesali perbuatan dan kelalaian diri sendiri?. Alangkah baik begitu bukan.
Tetapi,
Jika menerima huluran maaf itu dengan hati penuh dendam, baik saya memilih untuk berdiam diri.
Mempertahankan diri kerana kejujuran dan tanggungjawab bukan bermaksud untuk menjadi kaki borek ataupun pengampu. Jauh sekali dengan sifat nilai murni dalam diri saya. Jujur dan bersih adalah prinsip hidup yang saya pegang sejak azali. Niat yang ikhlas untuk membantu sering di salah ertikan dan mengganggap beban kepada orang lain.
Bagi saya;
Bertekak tidak berguna dan saya memilih untuk mentulikan telinga.
Bila terasa tidak puas hati, bukan public saya cari dan canang cerita itu dan ini mengenai dia atau mereka. Hanya kepada individu yang sudi mendengar dan percaya apa yang saya luahkan.
Kenapa;
Kerana hormat dan tanggungjawab.
No comments:
Post a Comment