This blog is created by Fariza Othman and all material on this site is copyrighted, if not otherwise stated. Do not copy the material without permission.

Thursday, December 20

Grumpy Day Like Cat.

Ekkk..

* Caution
Entry kali ini merupakan entry kebosanan. Sila abaikan sekiranya menyebabkan masa emas anda menjadi batu lebur hancur berterabur.
Ayat mula pun dah menerawang entah mana.

Bulan ni bulan 12, bulan hujung tahun, cuti sekolah hujung tahun dan mood kerja memang dah tak keruan. On mind set nak cuti panjang juga even berstatus pekerja, memandangkan progress kerja teramat slow dan tak productive langung bulan ni, alahai.

Rupa dah macam grumpy cat ni ha. Semua serba tak best la senang kata.
Fyi, kucing ini diberi nama Tard The Grumpy Cat. Kucing ni mempunyai structur mulut ke bawah seperti dia mencebik manjang. Tapi memang kucing ni azalianya gitu. So, kalau ade orang yang ajak dia main ke apa ke, macam tu gak reaksinya. hahaa

Ok, nak wat muka grumpy dah.

Monday, December 17

Bulan Safar Bulan Kebaikan

Assalamualaikum.

Kini rupa-rupa kita berada di bulan 4 Safar 1434. Subhanallah. Cepatnya masa berlalu.
Bulan Safar dalam adalah bulan kedua dalam taqwin Islam yang mana diperkenalkan oleh Saidina Umar RA. Dinamakan Safar kerana orang-orang lelaki Arab keluar rumah untuk berdagang, mengembara dan menjalan kegiatan ekonomi di luar tempat tinggal. Rumah-rumah menjadi kosong dan dipenuhi kaum perempuan dan kanak-kanak.

Sejarah juga mencatatkan bahawa beberapa peperangan berlaku dalam bulan ini iaitu peperangan Al Abwa dalam tahun 2 Hijrah, Perang Bani Qainugak dan Zi Amin pada tahun ketiga Hijrah dan peperangan Khaibar pada tahun keempat Hijrah.

Itu fakta sejarah..
SAFAR BUKAN BULAN BALA DAN KHURAFAT
namun hakikatnya dalam masyarakat kita hari ini, bulan Safar dikaitan dengan bala bencana dan musibah hingga menerbitkan beberapa amalan khurafat dan tahyul dengan harapan dapat menangkis dan menolak musibah tersebut.

Amalan, fahaman dan kepercayaan seperti ini bukan sahaja bercanggah dengan syariat Islam, tetapi juga boleh menyebabkan rosaknya akidah.

Antara amalan-amalan khurafat bulan Safar seperti;
Mandi Safar
Membuat ancak (berkaitan syirik)
Melarang mengadakan kenduri kahwin
Percaya adanya burung hantu sebagai tanda kematian masih berurat nadi dalam kehidupan masakini.

Selanjutnya dan lebih pemahanan layari JAIS.

Salam Safar.