This blog is created by Fariza Othman and all material on this site is copyrighted, if not otherwise stated. Do not copy the material without permission.

Tuesday, May 31

Angka Dalam Hidup

Assalamualaikum.

What numbers means to you in your life?. Apa makna angka dalam hidup anda?. Jawapan saya, angka tu satu benda yang awkward atau canggung melayu cakap. Sesungguhnya la, saya tersangat takut dengan angka. Tapi angka tu asyik men2 dgn saya. Favorites angka is lima[5]. Saya tak tahu kenapa itu angka favorite. Tapi yang tahunya setiap angka yag ada lima saya suka. hahaa [betapa tak logiknya jawapan].

Ok, meh kita tengok permainan angka dalam kehidupan seharian;

1. Follower.
Hahaa, kan dah terkena batangg hidung sendiri. Ini antara yang menjadi bual bicara paling hangat bila memperkatakan soal jumlah/angka dalam kotak follwer. "Si pulan si pulan tu le dapat follower beratus seharian. Aku jeles. Tak le jadi ni!!". Mesti pernah berniat begitu kan. Cuma senyap2 tak mo kecoh-kecoh right?. Tak pe. itu adat berblogging. Saling berlumba-lumba untuk attract follower baru datang & terus follow kita. Right. Kalau tak de follower mesti tak semangat nak berblogging.[betul-betul!!]. Angka dalam kotak folower memainkan faktor cukup besar kepada seseorg blogger itu dalam mempengaruhi sesuatu benda yang dibuat @ disertai. Contoh Blogger hebat seperti Ben Ashaari. Sekali dia buat A, ramai yang ikut buat A.Cuma kaedah je yang len. Tak kisah la cmne pun janji dapat sikit tempias pengaruh beliau tu.

2. Exam.
Dup dup dup. Bab ini paling tak digemari. Sepanjang hidup saya cuma sekali je dapat angka sikit. Tu pun dapat 3. [hahaha, no 3 dlm class, bangga la 2!!] Sikit kan. Pas masuk U, mesti kejar angka paling banyak. Kalau sikit malu, tak pasal-pasal kne masuk program mentor mentee. Cukup malu. Bila masuk U, orang tak kejar no.1. orang kejar no. 4.00. kalau kau dapat no. 1. mmg kau di kira budak perlu belajar lebih & lebih lagi. [Tapi tak pernah pun dpt no 4.00 tu. Sigh!!! & bangga tak pernah dpt angka 1.00 tu. Kira graduated dengan cemerlang la ni!!]

3. Bila nak kawen. Nak dekat 30 tu.
Ok, that should be enough. Argghhh, para wanita yang hampir menganjak usia ke30 tapi still single & available or not so available [like me!! sigh] mesti berasa gunda gulana. Tapi itu bukan isu utama bagi lelaki suka mempersoalkan nape para wanita di lingkungan ini tak kawen-kawen lagi. Masa, jodoh & pilihan saling berkait rapa. Orang kata "biarlah masa yg tentukn. Ada jodoh sampailah seru". Lain masalah pula yang ada jodoh tapi tak kawen-kawen juga. Yang tak de jodoh pun sama, sebab memilih ke atau tak jumpe yang kenan di hati. Ha, tepuk dada tanya selera. Saya suka tengok iklan safi rania gold. Dulu model die Catriona Ross. Dia cakap "Usia, bukan lagi penghalang!!". Simply, tepat & padat. Usia ada ape dengan angka. Just enjoy it samada kawen cepat atau lambat. Itu ketentuanNya. Sampai seru. InsyaAllah.

4. Utang piutang.
Wakakaa. Gelakkan kepada pemegang pinjaman PTPTN [termasuk saya, sih!!]. Angka yag ini lagi ngeri. Dapat best. Pulangkan angka tu yg sesak dada ni ha. Sampai ke tua la kamu membyar utang tu. Apa nak wat, saya nak belajar kat U, kena lah pinjam duit. Kalau tak nak berhutang xtau la dapat masuk U ke tak. Dalam pada hutang ptptn tu. Ada lagi hutang lain. Kereta, kredit bank etc etc. Cmne nak uruskan 2. Ha kne g la AKPK plak. Belajar cara untuk menguruskan wang dengan lebih bijak.

5. Duit!!!!
Sapa tak suka duit. Ada ke yang xsuka duit. Dalam hidup ni segalanya duit. Tak kerja tak de duit. Walhal, pengemis pun kerja gak. Kalau die tak duduk kat kaki lima sehari suntuk, cmne dia nak makan. Kne tadah tangan harapkan pada yang ehsan saja. Dalam membuka blog pun bisnes gak. Kalau ada orang kata, berblogging untuk suka-suka tapi dalam blog die penuh dengan widget nuffnang, heartbeat, churp churp segala macam tu bukan suka-suka dik bang oii. Itu mata duitan tu. Segalanya is about duit. Cam lagu Kembara ni. Ha. duit segalanya bole jadi. Nak jadi jahat ataupun jadi baik. Tepuk dada tanya la selera.



Ini sebahagian daripada angka dalam hidup saya?Anda bagaimana?

xoxo,
Fariza

6 comments:

CikHanis said...

hahahhahahhahahahhaha!

Fariza Othman said...

@CikHanis gelak besar die!!!

cpahniza said...

xska angka umoq yg makin btambah...sobs~

Fariza Othman said...

@cpahniza angka 2 mmg sentiasa bertambah.hahaha

CikPuan Fara said...

nice entry! paling stress yg no 4 tu! aiyak nak turun interest ke 1% pn punya payah. sorry tetiba mnegadu kat sini pualk kikiki ;)

Fariza Othman said...

@CikPuan Fara hahaa. no problem sis. sy pun bermasalah kat ctu gak!!